Friday, August 28, 2009

Renungan Bersama : Andai ini Ramadhan Terakhir...

andai kau tahu ini terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ..lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat
ku

jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati
ku
menyeru ke jalan menuju r
edha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan
ku di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Ampun dan maaf di minta sekiranya ada kesalahan yang dilakukan…..

Semoga keberkatan Ibadah Ramadan bersama kita hingga ke akhirnya ..

Amin….


Friday, August 21, 2009

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sesiapa yang berbuka sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadhanya walaupun berpuasa seumur hidup, walaupun dia dapat melakukannya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain. Menurut As-Sayuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani, bertaraf daif)

p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun² terdahulu... Di kesempatan ini, ingin memohon maaf seandainya ade tersilap kata, terkasar bahasa ataupun ade perkataan/perlakuan yang menyinggung hati... halalkan jugak segala makan/minum.....Bersamalah kita merebut keberkatan Ramadhan..

Salam Sayang...

Thursday, August 20, 2009

Berkongsi...


"SERDANG, 13 Ogos – Kerjasama strategik di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah salah satu faktor penyumbang kepada usaha UPM untuk mencapai wawasan menjadi universiti bertaraf dunia dengan melahirkan barisan graduan yang berkeyakinan tinggi.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata komitmen padu IPTS membantu UPM menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada semua pelajar yang berkelayakan adalah perlu memandangkan kapasiti penawaran adalah terhad di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk di UPM sendiri.

“UPM sentiasa berusaha memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan melalui program kerjasama ini mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui pemantauan secara berterusan ke atas IPTS yang terlibat oleh Jawatankuasa Kawalan Mutu Program Akademik (JUMPA) serta Pusat Pendidikan Luar untuk memastikan semua aspek pendidikan sentiasa berada pada tahap piawaian yang ditetapkan,” katanya ketika memberi ucapan pada Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS ke-11 yang berlangsung pada 12 Ogos di sini.

Beliau turut berkata UPM amat menitikberatkan penerapan elemen-elemen kemahiran insaniah di dalam kurikulum pengajian seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, pengurusan maklumat, keusahawanan, etika profesional dan kemahiran kepemimpinan memandangkan dunia pekerjaan kini menuntut pekerja yang mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi.

Majlis Konvokesyen UPM-IPTS tersebut menganugerahkan diploma dan ijazah kepada 550 graduan dari enam buah kolej, iaitu Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Kolej Teknologi Bestari, Kolej Teknologi Timur, Kolej RISDA Melaka, Kolej Shahputra dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)."

Read More..

Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Nik Mustapha berkongsi kejayaan bersama penerima anugerah cemerlang, Nurul Saidah Ibrahim (dua dari kanan), Fatimah Mustapai (kanan sekali) dan Roskamaazlira Jusoh (kiri sekali) pada Majlis Konvokesyen UPM-IPTS ke-11 di UPM


Taken from :www.upm.edu.my =)

Salam Sayang...

Wednesday, August 19, 2009

Sekadar berkongsi...

Salam..

hr ni wanie ambil cuti rehat memandang baki cuti tahunan wanie masih byk lg.. =)..

seperti biasa hr ini wanie duduk rehat di rumah shj, kemas² umah, lipat baju n update dbase skit.

sambil² duk browse forum opis wanie, wanie tertarik berkongsi ayat pakda@ en Napi (Ketua Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Akademik) di sini.. terharu jugak la mase 1st time wanie baca ayat pakda@ en Napi...

"Tahniah, kpd 2 orang pelajar KTB (BBA dan DSK) yang mendapat anugerah pelajar terbaik dalam majlis Konvokesyen di UPM pada hari Rabu (12/08/2009) lepas.

Mereka ialah Nurul Saidah (BBA) untuk anugerah Pelajar Cemerlang Program BBA; dan Fatimah Mustapai (DSK) untuk anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan Program Diploma.

Tahniah............... utk semua warga Akademik khasnya... dan semua staff KTB yang lain.

"PakDa ingat lagi, masa atas pentas Wakil IPTS lain duduk sebelah Pakda merungut "Asyik² KTB dapat anugerah"; A/bila dengar sungutan tu, PakDa senyum sendirian walaupun menitiskan airmata apabila Nurul membaca ucapan wakil graduan"

Tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........................................."

alhamdulillah KTB mengulangi kembali sejarah nya apabila anugerah pelajar cemerlang program BBA dan DSK diperolehi oleh pelajar KTB.. rase terharu dan kepuasan wanie sebagai warga akademik apabila bekas salah seorang pelajar wanie dahulu mendapat pelajar cemerlang program DSK. walaupun br setahun setgh wanie berkhidmat di KTB, itu lah "award" yg wanie dpt setelah memberikan khidmat yg terbaik. dengan kejayaan itu juga merupakan hadiah "ulangtahun" wanie tahun ni.. =)

rasenye setakat itu sahajalah wanie nak berkongsi ngan blog readers wanie hr ni..daa..

Salam Sayang...

sms my birthday wishes

from abang:
"Appy birthday to you.. appy birtday to you.. appy birthday to my love.. appy birthday to you.. selamat ari jd tunang ku syg, skrg umur kita dah same.. semoga panjang umur, murah rezeki n cinta kan abg buat selama nya.. I LOVE U SYG, JUST U.."

from Jijy:
"Happy birthday wanie! Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat² kawen :P"

from Angah:
"Salam along, slamat ulang tahun kelahiran yg ke-24. semoga panjang umur n murah rezki, cepat² kumpul duit n kawen..hehe! I love u sis."

from student DDZ - Hafizudin:
"Happy besday cik hazwani.moga cik pjg umr n mrh rezeki..n dapat pasangan yg bole jg cik..amin"

from Ayahanda:
"Happy Birthday Along. Didoakan Selamat Segalanya. "

from kak unie:
"Happy Birthday wani.moga dipnjgkan umur n dimurahkan rezki."

from Syidah:
"Not every flower can represent love.. But roses did it.. Not Every tree can stand thirst.. But cactus did it..
Not every friend stiill 4-ever.. Hope we did it.. Happy Besday to my lovely friend..moga panjang umur, dmurahkan rezki..dan senantiasa ceria d samping org² yg tsayang.. Semoga c-hat sokmo!! Ikhlas dr sahabatmu.."

from student ddz - Safwan:
"Happy Birthday. :D"

from Jue(wife Apih):
"Hepi besday syg..lupe la nk wish td.. x smpt..smg pjg umr, mrh rzki n dpjgnkan jdoh dgn tnang tsyg"..

from Apih(husband Jue):
"Hepi besday kwn.. mg pnjg umr.."

tu semua sms yg wanie terima sepanjang 17 Ogos hr tu..hehe

then byk birthday wishes kat facebook wanie..=)