salam..
maaf dah lame x update...byk tekanan yg diterima..ngan masalah blog,byk keje lg di opis,minggu ni student wanie exam..huhu..schema jawapan x wat lg ni. =)
pape pun wanie akan terus memblog even wanie bz skali pun..thanks semua yg byk bg support pade wanie..
okla wanie nak p ke kelas plak ni..huhu
wassalam..
~ ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi, AKHIRAT yang sudah pasti ~
Monday, February 25, 2008
Thursday, February 21, 2008
KELEBIHAN SUJUD
Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlusedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkauakal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketikabersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktumanusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujudlebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan Mengembalikankedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkunganbahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujuddan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secaraautomatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudahberfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudahkembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah danoksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otaksecara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapanYang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dansebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan alirandarah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkanotak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidakdimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukupuntuk berfungsi secara normal dan sempurna.
wallahualam bissawab
Tuesday, February 19, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod

