Friday, August 28, 2009

Renungan Bersama : Andai ini Ramadhan Terakhir...

andai kau tahu ini terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ..lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat
ku

jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati
ku
menyeru ke jalan menuju r
edha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan
ku di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Ampun dan maaf di minta sekiranya ada kesalahan yang dilakukan…..

Semoga keberkatan Ibadah Ramadan bersama kita hingga ke akhirnya ..

Amin….


Friday, August 21, 2009

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sesiapa yang berbuka sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadhanya walaupun berpuasa seumur hidup, walaupun dia dapat melakukannya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain. Menurut As-Sayuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani, bertaraf daif)

p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun² terdahulu... Di kesempatan ini, ingin memohon maaf seandainya ade tersilap kata, terkasar bahasa ataupun ade perkataan/perlakuan yang menyinggung hati... halalkan jugak segala makan/minum.....Bersamalah kita merebut keberkatan Ramadhan..

Salam Sayang...

Thursday, August 20, 2009

Berkongsi...


"SERDANG, 13 Ogos – Kerjasama strategik di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah salah satu faktor penyumbang kepada usaha UPM untuk mencapai wawasan menjadi universiti bertaraf dunia dengan melahirkan barisan graduan yang berkeyakinan tinggi.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata komitmen padu IPTS membantu UPM menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada semua pelajar yang berkelayakan adalah perlu memandangkan kapasiti penawaran adalah terhad di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk di UPM sendiri.

“UPM sentiasa berusaha memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan melalui program kerjasama ini mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui pemantauan secara berterusan ke atas IPTS yang terlibat oleh Jawatankuasa Kawalan Mutu Program Akademik (JUMPA) serta Pusat Pendidikan Luar untuk memastikan semua aspek pendidikan sentiasa berada pada tahap piawaian yang ditetapkan,” katanya ketika memberi ucapan pada Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM-IPTS ke-11 yang berlangsung pada 12 Ogos di sini.

Beliau turut berkata UPM amat menitikberatkan penerapan elemen-elemen kemahiran insaniah di dalam kurikulum pengajian seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, pengurusan maklumat, keusahawanan, etika profesional dan kemahiran kepemimpinan memandangkan dunia pekerjaan kini menuntut pekerja yang mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi.

Majlis Konvokesyen UPM-IPTS tersebut menganugerahkan diploma dan ijazah kepada 550 graduan dari enam buah kolej, iaitu Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Kolej Teknologi Bestari, Kolej Teknologi Timur, Kolej RISDA Melaka, Kolej Shahputra dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)."

Read More..

Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Nik Mustapha berkongsi kejayaan bersama penerima anugerah cemerlang, Nurul Saidah Ibrahim (dua dari kanan), Fatimah Mustapai (kanan sekali) dan Roskamaazlira Jusoh (kiri sekali) pada Majlis Konvokesyen UPM-IPTS ke-11 di UPM


Taken from :www.upm.edu.my =)

Salam Sayang...

Wednesday, August 19, 2009

Sekadar berkongsi...

Salam..

hr ni wanie ambil cuti rehat memandang baki cuti tahunan wanie masih byk lg.. =)..

seperti biasa hr ini wanie duduk rehat di rumah shj, kemas² umah, lipat baju n update dbase skit.

sambil² duk browse forum opis wanie, wanie tertarik berkongsi ayat pakda@ en Napi (Ketua Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Akademik) di sini.. terharu jugak la mase 1st time wanie baca ayat pakda@ en Napi...

"Tahniah, kpd 2 orang pelajar KTB (BBA dan DSK) yang mendapat anugerah pelajar terbaik dalam majlis Konvokesyen di UPM pada hari Rabu (12/08/2009) lepas.

Mereka ialah Nurul Saidah (BBA) untuk anugerah Pelajar Cemerlang Program BBA; dan Fatimah Mustapai (DSK) untuk anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan Program Diploma.

Tahniah............... utk semua warga Akademik khasnya... dan semua staff KTB yang lain.

"PakDa ingat lagi, masa atas pentas Wakil IPTS lain duduk sebelah Pakda merungut "Asyik² KTB dapat anugerah"; A/bila dengar sungutan tu, PakDa senyum sendirian walaupun menitiskan airmata apabila Nurul membaca ucapan wakil graduan"

Tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........................................."

alhamdulillah KTB mengulangi kembali sejarah nya apabila anugerah pelajar cemerlang program BBA dan DSK diperolehi oleh pelajar KTB.. rase terharu dan kepuasan wanie sebagai warga akademik apabila bekas salah seorang pelajar wanie dahulu mendapat pelajar cemerlang program DSK. walaupun br setahun setgh wanie berkhidmat di KTB, itu lah "award" yg wanie dpt setelah memberikan khidmat yg terbaik. dengan kejayaan itu juga merupakan hadiah "ulangtahun" wanie tahun ni.. =)

rasenye setakat itu sahajalah wanie nak berkongsi ngan blog readers wanie hr ni..daa..

Salam Sayang...

sms my birthday wishes

from abang:
"Appy birthday to you.. appy birtday to you.. appy birthday to my love.. appy birthday to you.. selamat ari jd tunang ku syg, skrg umur kita dah same.. semoga panjang umur, murah rezeki n cinta kan abg buat selama nya.. I LOVE U SYG, JUST U.."

from Jijy:
"Happy birthday wanie! Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat² kawen :P"

from Angah:
"Salam along, slamat ulang tahun kelahiran yg ke-24. semoga panjang umur n murah rezki, cepat² kumpul duit n kawen..hehe! I love u sis."

from student DDZ - Hafizudin:
"Happy besday cik hazwani.moga cik pjg umr n mrh rezeki..n dapat pasangan yg bole jg cik..amin"

from Ayahanda:
"Happy Birthday Along. Didoakan Selamat Segalanya. "

from kak unie:
"Happy Birthday wani.moga dipnjgkan umur n dimurahkan rezki."

from Syidah:
"Not every flower can represent love.. But roses did it.. Not Every tree can stand thirst.. But cactus did it..
Not every friend stiill 4-ever.. Hope we did it.. Happy Besday to my lovely friend..moga panjang umur, dmurahkan rezki..dan senantiasa ceria d samping org² yg tsayang.. Semoga c-hat sokmo!! Ikhlas dr sahabatmu.."

from student ddz - Safwan:
"Happy Birthday. :D"

from Jue(wife Apih):
"Hepi besday syg..lupe la nk wish td.. x smpt..smg pjg umr, mrh rzki n dpjgnkan jdoh dgn tnang tsyg"..

from Apih(husband Jue):
"Hepi besday kwn.. mg pnjg umr.."

tu semua sms yg wanie terima sepanjang 17 Ogos hr tu..hehe

then byk birthday wishes kat facebook wanie..=)

Tuesday, August 18, 2009

Interview Pendidik PERMATA & My Birthday =)

Salam

alhamdulillah hr ni masih lg diberikan kesihatan yg baik, umur yg panjang dlm meneruskan perjuangan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini...

pertamanya nak menceritakan tentang interview Pendidik PERMATA hr ni.. bertolak dr rumah ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di Marang kira² jam 6.30 pagi, sampai di sana jam 7.55pagi, alhamdulillah wanie x terlewat, terus ke kaunter pertanyaan bertanyakan di mana tempat interview berkenaan, terus berjalan ke koridor Aras 3 Bilik Kapas 2. Wanie sampai disitu ada dlm 30 orang calon interview dan kesemuanya perempuan, kemudian wanie terserempak dgn bekas cikgu ganti zaman wanie skolah di SMKTI, Setiu dulu.. ayat mula² wanie tegur cikgu tu.. " eh, mcm familiar la.., cikgu ganti kat skolah sy dulu " then cikgu tu pun dengan senyuman yg masih sama sewaktu wanie di skolah dulu pun menegur " ha`ah la, awak pun familiar" ketawa kami waktu tu.. aduhai.. jumpa balik cikgu ganti kat skolah wanie dulu.. actually cikgu tu ( wanie x ingat dah nama cikgu but i'm still call her "cikgu") hanyalah cikgu ganti BM kalau x silap la wanie time cikgu BM wanie dulu cuti bersalin( x ingat dah time form 4 or form 5).. so kalau dah cikgu ganti tu hanya sekejap je la 2 bulan je mengajar.. betapa kecilnya dunia, lebey kurang 8 tahun yg dulu, alhamdulillah masih lg ingat lg cikgu².. walau pun cikgu "ganti"... hehe.. " cikgu" yg wanie kenal dulu masih "comel" n suke dgn "senyuman" dia. .. cuma kami x berkesempatan nak borak² panjang je.. then jam 8.14 pagi, k'liza (staff KTB - yg sama² dpt interview) pun sampai, risau jugak la kalau lambat, then jam 8.30pagi br la wanie & calon² yg lain masuk ke Bilik Kapas 2 tu.

sepanjang dlm bilik tu ade kak farah & kak ros dr BTPN Trg yg guide kitorg, dimulakan dgn mengisi form, check semua requirement mcm ic, result SPM, skroll.. alhamdulillah.. selesai..

then pas kak farah bg taklimat, dlm kul 10pg calon² semua naik ke Aras 4 plak, seramai 55 calon semua nya(7 orang x hadir), kesemua calon dibahagikan kepada 3 bilik, setiap bilik diwakili oleh 2 org panel drp PERMATA.. wanie di bilik ke 2(calon ke 13) , k'liza calon ke 3 & "cikgu" calon ke 4 di bilik ke 3.. so dah wanie calon ke 13 mesti slot petangnya coz wanie usha setiap bilik tu panel² "meng - interview" calon selama 1/2 jam. adoi..

kak liza & "cikgu" hbs interview sekitar jam 11.30 pagi.. diorg terus balik ke rumah la memandangkan masing² ada urusan. wanie still lg menunggu di bilik menunggu.. dpt jugak berkenalan dengan nurul imah, adik la kiranya, br hbs study di USM bulan 4 hr tu.. dlm jam 12.45 wanie kuar menunggu plak di luar memandangkan agak sejuk di dalam bilik menunggu.. sudah calon ke 11.. then wanie tunggu la kat luar (depan bilik 2) until turn wanie jam 2.10ptg ( mmg keadaan wanie yg amat lapar sgt + letih menunggu - tetapi tetap sabar) masuk ke bilik 2 tu. ehem² sesi interview pun bermula, antara soalan yg ditanya :

1. (setelah melihat sijil² wanie), panel bertanya" memandangkan awak lulusan sistem maklumat, mengapakah awak memilih bidang ini ( pendidik PERMATA) yg jauh berbeza dgn lulusan awak?"..waduh..soalan pertama pun dah mencabar dah..

2. sebutkan & terangkan falsafah PERMATA

3. terangkan komponen kurikulum PERMATA

4. bagaimana anda mengajar kanak² mengenai kebersihan diri (hadas kecil + hadas besar)

5. bagaimanakah cara anda "interact" budak utk makan sayur? - dr segi masakan/pemakanan

6. slot khas - hiburan utk kanak² - wanie diberi utk elemen muzik, so wanie kene nyanyi..dlm 5 saat wanie pilih lagu yg ada elemen warna, bunyi².. wanie pun choose lagu " Kereta Merahku".. lirik lagunya mcm ni.. " Papaku pulang dr kota.." (siap dgn gaya)hehe..sehingga rangkap terakhir wanie nyanyi.. siap ngan panel pun nyanyi.. haha.. .. xpenah lg wanie nyanyi time interview..ni la interview yg kene nyanyi.. (kenangan x dpt dilupakan)

7. anda sudah berkahwin?

pas hbs interview salam² ngan panel sebelum kuar.. hehe.. then kuar dr bilik, calon² lain semua senyum, diorg ckp "kuat giler suara wanie".. haha.. then ade plak yg mencelah " biasala..pensyarah mmg kene ckp kuat panggil student dia".. wanie hanya senyum dan hanya berkongsi soalan² yg ditanya oleh panel² dengan calon² yg belum ditemuduga lg. =)

then wanie terus call abah, n alhamdulillah abah dah tunggu wanie kat parking, then wanie ajak abah lunch kat kuala ibai..(mmg lapar sgt pas interview tp masih lg bersabar).. dlm kereta bercerita dgn abah yg wanie kene nyanyi..abah pun gelak jugak..hehe..

then pas lunch, abah drop wanie kat kuarters TNB di jalan panji alam, abah dpt umah kuarters since ditukarkan ke warehouse di pulau kambing, abah stay di kuarters tu hr ahad , selasa n rabu sahaja, memandangkan abah x berulang setiap hr dr setiu ke KT.

then wanie rehat²kan diri dikuarters abah, mandi, solat n lelapkan mata sekejap. jam 5.15 abah ambil wanie n bertolak pulang, sampai dirumah jam 6.30ptg..berkongsi pengalaman interview td ngan mama & aliff..diorg gelak jugak time wanie bg tau wanie kene nyanyi...hahaha..

rasenye setakat tu saje la nak berkongsi pengalaman interview wanie hr ni.. anyway " Happy Birthday to Me & Jijy(Hazezy)"..hehe

Salam Sayang semua..

Thursday, August 13, 2009

KTB di tutup sementara

Salam,

kelmarin time wanie on da way ke kelas jam 10.13pg ade pengumuman. "Perhatian kepada semua pelajar & kakitangan, KTB diarah ditutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah mulai hr ni 12 Ogos 2009 sehingga 21 Ogos 2009, semua pelajar diarahkan pulang ke rumah selewat²nya esok pagi. Pelajar dikehendaki masuk semula ke asrama pada 22 Ogos 2009 sebelum jam 1 tgh hr setelah menjalani ujian saringan diperkarangan asrama. Kakitangan digalakkan memohon cuti."

Pengumuman ni 4 kali diulang, so wanie boley ingat ayat² pengumuman tu. Then, wanie teruskan perjalanan ke kelas n student still lg tunggu wanie, so wanie masuk dlm kelas n bg amanat² terakhir sebelum diorg balik umah. Then wanie minta diorg bersurai n pulang ke hostel masing². Wanie balik ke bilik wanie tgk lecturer lain pun duk kemas² mau pulang jugak. Wanie pun ambil keputusan nak balik umah jugak jam 12 tgh hr nnt, leh terus beli makanan tgh hr, nak masak x sempat dah.

Then kul 12 wanie siap² kan keje pape yg patut n p beli makanan, n balik umah. So balik umah, wat keje² umah skit, lunch, mandi n solat. Mama kul 2.30ptg br balik umah ngan aliff.

Kul 2.45 wanie terima sms dr salah sorang staff bg tau KTB bg cuti pelepasan mulai 12 Ogos until 17 Ogos. Alhamdulillah. So sepanjang cuti ni, boley la wanie merehat² kan diri, siap² keje pape yg patut b4 Ramadhan & Syawal nnt. So during Ramadhan & Syawal, wanie xde la kalut sgt ngan keje mengajar & keje² admin. =). Itu cite kelmarin.

Hari ni, plan asal nak p kedai syidah di Arked Mara di Guntung, tp memandang syidah agak bz, so wanie cancel la plan wanie n wanie hanya kemas² umah sahaja. (Jadi bibik la sepanjang cuti ni. hehe..). esok ade tahlil kat Besut lepas jumaat..insyaALLAH wanie sekeluarga akan p..

Tu je la entry wanie kali ni..

Salam Sayang..

"KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
" - al - Fatihah, semoga allahyarham ditempatkan dikalangan org² yg beriman -

Monday, August 10, 2009

Tahniah & Selamat Berkonvokesyen


Just nak ucapkan Tahniah & Selamat Berkonvokesyen kepada pelajar² Uniten yang akan berkonvo pada 15 & 16 August ni ;)


Sunday, August 9, 2009

10 LANGKAH MENYAMBUT RAMADHAN

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna Ramadhan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam kondisi sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan datangnnya bulan tersebut. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda aktiviti untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang boleh membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu firman Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:

Ø Buat catatan kecil untuk setiap menghadiri tazkirah sama ada antara tarawih, selepas sholat subuh dan zhuhur.

Ø Membagikan buku atau lembaran-lembaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada ibu bapa, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Saturday, August 8, 2009

Berjalan lancar..alhamdulillah

salam

alhamdulillah majlis tahlil & bacaan Al-Quran 30 Juzuk smlm berjalan dengan lancar. so hr kemas² pinggan mangkuk n umah je..

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah engkau semua terlampau cinta dalam mencari sesuatu untuk kehidupan, sebab dengan terlampau mencintainya itu, maka engkau semua akan mencintai pula keduniaan."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. sumber [myMasjid.net.my] Al-Hadith : Jangan Terlalu Mencari Dunia

Friday, August 7, 2009

Interview??

Salam semua,

alahai rindunye nak post entry kat blog..alhamdulillah hr ni diberikan kesempatan walaupun dalam kepala ni masih byk urusan lg yg perlu dilaksanakan.. =)

Khamis lepas (27/7) wanie terima surat mengenai interview di Marang pada 18/8 ni bagi jawatan Pendidik PERMATA. InsyaALLAH wanie akan p interview ni..mane tau ade rezki wanie di situ plak.. so sementara menghitung hari sehingga 18 ni wanie ade jugak la study skit² pasal PERMATA ni..sape² yg nak kan info about PERMATA ni leh rujuk kat sini.

So hari ni kat umah wanie ade wat tahlil skit mlm karang lepas solat isyak..insyaALLAH dan lepas tahlil ade wat bacaan AL-Quran..harap² nye semuanya berjalan dengan lancar..

Pasal kerja plak so far dah 7 bulan jadi coordinator program DIT-UKM ni..alhamdulillah dah lancar la skit..xde sgt dah tension sebab dah byk belajar dari staf² yg berpengalaman..alhamdulillah..

Utk kelas plak semester ni wanie mengajar subjek Database, IT Lab, Digital Logic & E-commerce.. diharapkan semua subjek yg wanie mengajar ni berjalan dengan lancar..insyaALLAH..

Rasenye tu saje lah yg wanie nak berkongsi dlm entry kali ni. Jutaan terima kasih pada rakan² reader yg sudi jenguk² blog wanie..

Salam Sayang...

"Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada tiga macam orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan tidak pula menganggap mereka sebagai orang bersih (dari dosa), juga tidak hendak melihat mereka itu dan bahkan mereka akan memperolehi siksa yang pedih sekali, iaitu orang tua yang berzina, raja (pemimpin negara) yang suka membohong dan orang miskin yang sombong." (Riwayat Muslim) - sumber [myMasjid.net.my] Al-Hadith : 3 Golongan Yang Tidak Berbicara Dengan Allah"