Thursday, June 26, 2008

my bf. =)

salam

just nak post pic my abg seperti yg dipinta oleh miss yun..hehehe...




tu je la kut..xde pape sgt nak cite..

wassalam..

p/s:

* wanie x jd ikut family ke SP esok coz cuti wanie dibekukan hr ahad ni memandangkan ahad ni intake kolej yg dijangka seramai 800++ org..so x cukup staff if ramai staff cuti.. =(

* weekend ni wanie duk ngan cousin wanie cosuin husband cousin wanie ke KL.. bley la main2 ngan saif puas2...huhuhu...

* pic ni mase thn2006..latest pic ade ngan abg wanie...x sempat nak copy lagi..adoi..masing2 bz.

Monday, June 23, 2008

kisah weekend + cuti sakit.

salam kembali..

alhamdulillah wanie dpt post lg kat blog..anyway wanie skrg dah start bz coz x lama lg student2 akan masuk utk sem br. so mcm biase la kene wat preparation bg beban mengajar utk next sem.

khamis lepas wanie half day je keje coz ptg tu p KT(kuarters abah di Jalan Panji Alam) - abah time tu on the way dr PD n kitorg terus ke umah abah...dlm kul 3++pm kitorg bertolak dr Setiu..sampai sane dlm kul 5++pm coz singgah beli makanan lg..isi minyak..

then pas sampai umah abah..kitorg rase lapar then makan la kejap...10 minit kemudian abah pun sampai..then kitorg minum ptg la ptg tu kejap sblm start keje2 pembersihan umah abah tu..

lepas mkn terus start keje until maghrib...mandi+solat maghrib n p dinner kat Sri Wangsa..actually dinner mlm ni special coz celebrate birthday abah yg ke -49.. wanie blanja ikan siakap masak steam+lauk2 lain..yummy..sgt mengenyangkan mlm tu..

then pagi jumaat pas breakfast kat pantai batu buruk..terus balik ke setiu..sampai ke kat umah..dlm 10 minit kemudian kak yah(ibu saif) dtg bawak saif+kak long+kak ngah ikut skali ke umah jemput kitorg sekeluarga p solat hajat mlm ni.then kak yah mintak tolong wanie n mama tolong masak n angah jage saif di rumah..

then mama decide amik bhn2 kat umah kak yah masak ayam masak je kat umah kitorg coz sambil masak bley kemas2 umah skali coz dah tinggal umah 1 day..lg pun kat umah kak yah dah ramai org dah..pas kitorg siap2 masak semua, bg lauk ayam masak merah tu kat kak yah..

then malam nya majlis solat hajat + mkn2 skit. pas settle semua dlm kul 11++pm wanie n family balik umah...

hr sabtu plak p kenduri di bandar baru Kerteh coz ade kenduri kawin anak staff TNB Kerteh.dlm setgh jam pas wanie makan kat kenduri tu..perut wanie memulas n terus p toilet..mujur ade surau betul2 depan umah pengantin..so xde rushing2 cr toilet..huh..wanie pelik jugak nape la skt perut sgt..(mcm keracunan mknan je). =(

then pastu p umah pengasuh wanie dulu..kitorg panggil kakak je..tp time kitorg pegi tu kakak x balik plak minggu tu..so kitorg borak2 aje la ngan makcik n kak ma + tumpang solat je la.. then pastu gerak balik ke setiu..

dlm perjalanan balik time nak dekat sampai umah tu perut wanie skali lg memulas..wanie terus bg tau abah wanie mintak laju skit coz nak p toilet.. then sampai je kat umah wanie terus p toilet... ya ALLAH..sakit teramat sgt time tuh...

then malam tu wanie telan pil herba cina tu 2x (selang 4 jam) tp still x menjadi jugak..mlm tu wanie x lena tido..setiap 2 jam wanie mesti p toilet..adoi..letih dibuatnya..

so keesokan hr (ahad 22/6) wanie terpakse MC coz mmg rase letih sgt coz wanie smlman x tdo..then wanie telan lg ubat yg mama punye coz mmg x tahan dah berulang p toilet..then pas mkn ubat tu br lega skit n dpt sambung tdo 2 jam.. then br wanie bley bgn...so sepanjang pg kelmarin wanie just duk umah aje..nak p klinik pun x larat nak jln...tgh hr skit br wanie bley makan skit. dlm kul 4++pm wanie n angah p klinik coz nak p amik MC ngan doc..doc ckp wanie kurang air + coz dah byk kuar air dlm badan..lg pun suhu bdn wanie agak tinggi skit la.. so pas ni wanie kene byk2 minum air..

then mlm nye br la wanie rase ok n bley mkn nasi..alhamdulillah

then hr ni wanie dpt masuk keje..tp mama wanie ckp wanie still nmpk pucat n time wanie salam ngan wanie pg td mama wanie ckp bdn wanie panas..may be air dlm bdn wanie still kurang..lg pun wanie kene ulser plak ni..huhu..



pic ubat2 wanie



MC wanie..

rasenye setakat ni aje la dulu...

wassalam

p/s:

* jumaat ni wanie n family ke SP tdo umah nenek wanie n 29 tu wanie p USM.. 1st time p USM ni.. =)

* wanie cuti lg next week 29/6-30/6..

Thursday, June 19, 2008

kene tag ngan mr jep sparrow!

7 fakta mengenai diri Wanie:

* skema - suka pakai ID kalo p lecture.time kat Uniten dulu kalo kuar hostel nak p coit mesti dah siap pakai ID dah

* suke membebel - wanie akan membebel bile sesuatu perkara yg wanie x suke especially kawan2 seperjuangan wanie..shahril slalu jd mangsa bebelan wanie sbb die suke sgt isap rokok(mase kat uniten) skrg ni mangda bebelan wanie adalah student2 wanie...huhuhuhu...

* x join friendster dah since 2006 -sbb me' lagha' kan wanie..huhu..

* kadang2 terlalu emotional

* sukar nak lupekan kesalahan org dah buat pd wanie

* x brape suke lagu omputih..suke rock kapak + nasyid lg. =)

* x suke sgt dah tgk wayang.. x taw nape. =(


7 perkara yang menakutkan saya:

* kegagalan..(same mcm jep)

* takut x dpt buat( sbb x cube buat lg)

* takut ngan beruk+monyet n sekutu dgnnye

* tgk org excident

* buat salah

* student fail dalam subject yg wanie ajar

* boss x puas ati ngan keje wanie

7 lagu buat masa sekarang yang terngiang2/diminati:

* Hijjaz - Berkorban Demi Cinta

* Gigi - 11 Januari

* Yovie & Nuno -Menjaga Hati

* Saleem,Ezad,Zamani & David - Suara kekasih

* Ziana zain - Dingin

* In-Team - Setanggi Syurga

* Anuar Zain - Ketulusan Hati

7 perkara/perkataan yang selalu saya sebut:

* La,ye ke?

* Ya'Allah..

* Ala

* oooo

* Erm..

* Ye la..

*ok

7 perkara amat bernilai pada saya:

* Family

* Friends

* My bf n his family+ friends

* Masa

* Tuhan makbulkan doa wanie.

* Money

* My hp

7 pertama kali dalam hidup:

* berpisah ngan family mase mula2 masuk Uniten

* driving (time mula2 kelas driving utk praktikal)

* mula2 dpt hp lepas exam spm

* mula dpt 1st gaji bulan February 08

* mula2 masuk kelas mengajar..ketaq lutut wooo..

* pertama kali outstation

* 1st time p UTM time outstation..

*** spt biase wanie x nak tag sape

p/s:

* angah wanie dpt p USM -course Engineering Elektronik

* hr ni wanie half day - mlm nnt ade family dinner -celebrate birthday abah +fathers day

* Saif husaini demam last week..then adik bongsu wanie plak demam..

Monday, June 9, 2008

weekend yang rileks..

salam...

xde pape sgt nak cite...cume hr ni sepatutnya wanie bercuti (dah siap apply cuti)..ttp memandangkan cikgu driving wanie kene p besut..so wanie kene p keje la..

rabu n khamis lepas wanie ade kursus pembangunan organisasi & pemantapan modal insan di handle oleh en osman affan..kirenye en osman ni br lagi dlm bidang motivasi pendidikan ni..time kite2 skolah dulu en syukri abdullah la femes utk pakar motivasi pendidikan.

so jumaat n sabtu wanie just duk umah je ngan family...kemas2 umah,berehat,main games -sudoku & plantasia..

ahadnya - cuti ganti coz sempena cuti keputeraan Agong yg jatuh pada hr sabtu.. kul 9-11am wanie ade kelas driving ngan kak imah.. cuaca hr ni agak mendung je..so xde la panas sgt time driving tu.. huhu..

here wanie upload pic anak sepupu wanie yg semakin comel,nakal n bijak- Saif Husaini.. skrg dah masuk usia 4 bulan stgh.. 13/6 ni genap Saif berusia 5 bulan...suke sengih kalo agah die,dah pandai meniarap n skrg duk blaja mengesot..





tu je la post wanie kali ni..

wassalam...

Thursday, June 5, 2008

wedding pok je (belah pompuan)

salam just nak upload pic time wedding 31/5 kat kuantan hr tu n kes kemalangan yg berlalu hr tu...


mase majlis akad nikah


mase majlis akad nikah


pengantin pompuan



bersanding..


excident


excident

Stress Test....

Stare for a few seconds at each of the following patterns.

Are the patterns moving?

Or are they perfectly still??







The patterns are used to test the level of stress of person can handle.

The slower the picture move,the better your ability of handling stress..

taken from : forward email.. miss farah KTB. =)

Tuesday, June 3, 2008

jawatan kosong lagi...

JAWATAN : PENSYARAH (AKAUN)
TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
GRED GAJI : Gaji Permulaan 1400++
KEKOSONGAN : 2 ORANG
TARIKH TUTUP : AKHIR JUNE 2008

KEMUDAHAN
 Cuti Rehat (30 hari setahun)
 Faedah Rawatan Perubatan
 Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Bergaji separuh Mengikut Syarat-Syarat Yang Ditetapkan.
 Caruman KWSP dan Perkeso

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Bidang Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
c. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau kelas kedua atas dan kelayakan lain yang setaraf dengannya

* sila hntr resume anda ke alamat berikut

HR KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI
PUTERA JAYA,PERMAISURI,
22100 SETIU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

atau

wanie@ktb.edu.my

kene tag lagi...

wanie kene tag lagi...alahai...

ni tag dr ms hudarling..huhu..sungguh nakal budak ini.. =)..


1 minit yang lalu, ape anda buat?

- bace tag kat blog hudarling..huhu..

1 hari yang lalu, apa anda buat?

- wanie blaja driving..blaja side parking ..then drive kat road..yuhuuuu..sonok.. ptg lepas asar pegi shopping tudung kat kedai zaleha @ Jerteh..nak dekat rm200 jugak la habis.. sblm tu blaja adik2 ngan mama p KFC Jerteh..then malam td lipat2 baju 2 bakul..hahaha (xsempat weekend lepas coz bz ngan kenduri lagi n tetamu dtg umah)

1 orang yang terakhir sms kamu?
my abg la.

1 orang yang terakhir menelefon kamu?
my mama..

1 makanan yang baru dibeli?
pagi td..belikan bfast utk mama,angah n aliff

1 cerita yang baru ditonton?
300..huhu..wanie ni bab movie dah kureng tgk..

1 hal yang terakhir digosipkan?
- pasal wedding hr tu....

1 kata yang ingin diluahkan?
- cepat dpt lesen n kete baru..huhuhu..

1 buku yang sudah dibaca?
Discovering Computers 2008 by Shelly Cashman,Vermaat.Wanie buat modul pengajaran utk next sem..

1 penyakit yang sering datang?
pening kepala - tindak balas pakai gelang Dymium

** xnak tag sape2...huhuhu...

Untuk Wanita: Tabiat Bawa Ke-Neraka

Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa
ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW "


taken from : forward email kak nora KTB. =)

kenduri lagi...

salam

seperti cite2 wanie yg lalu..
31/5 br ni ade 2 majlis yg berlangsung iaitu majlis sambut menantu n majlis akad nikah bg 2 org cousin wanie..


majlis tu berlangsung secara sederhana... dlm jam 12pm++ wanie n family gerak ke umah kenduri.. then makan2...kul 2++pm wanie,mama n angah gerak ke masjid utk majlis akad nikah kak ha.. kak ha nmpk cantik sgt hr tu dgn serba putih n pengantin laki nmpk hensem..huhu.. - insyaALLAH nnt wanie akan upload pic ye..

alhamdulillah..sekali lafaz sahaja dr pengantin laki telah sah kak ha n abg suffian sbg suami isteri.. =) congratulations..

then balik ke umah kenduri plak utk majlis sambut menantu..lepas asar br pengantin (wife pok je) sampai umah..time tu ade krisis jugak la..tp wanie rase x perlu wanie cite kat blog ni ye.. huhu..then dalam jam 7pm++ wanie n family balik umah..

then ahad n isnin wanie cuti coz blaja kete..wanie bley drive kat jalan dah cume bab nak masuk simpang still takut2 n x cekap lg..hr isnin tu wanie blaja parking side.. lenguh jugak la tangan duk pusing2 stereng... ade 7 step wanie kene ingat utk parking side..insyaALLAH wanie akan cube blaja sampai wanie bley drive n dpt lesen..

so hr ni wanie start masuk keje n settle kan modul pengajaran utk pengajaran next sem sambil2 menunggu tawaran keje di tempat lain..hehehe..

okla wanie rase setakat ni aje la dulu..insyaALLAH next time wanie akan post lagi ye..

wassalam